October 19, 2017

cuti sekolah + cuti deepavali = heaven nye aku di atas jalan raya

assalamualaikum..

disebabkan cuti deepavali jatuh pada hari rabu..
maka ramai la yang amik cuti sebelum dan selepas hari rabu tersebut..pagi tadi gerak dari rumah 6.45 pagi. sampai pon awal..7.15 pagi dah sampai opis..setengah jam je dari cheras-selayang..pelis laa cuti sekolah lelame.. ;p

eh..kenapa kan cuti sekolah jalan clear?..bebudak sekolah ni bawak kereta ke p sekolah?..

selalu sangat aku terfikir bab ni...

eh,
panjang rupanya bebelan aku pasal pengasuh pada entry lepas.. haha..
geram punye pasal..
simpan tiga tahun setengah kan dok memendam pasal pengasuh..

ni dia dok usha sape jaga anak aku..
dok ceghita aku ni sokmo amik anak lambat, anak aku kuat melalak..
p lantak la hai..

asalkan aku dah bahagia sekarang, tak payah fikir dah pasal benda2 mengarut pasal dia..

k la nak p dengar ceramah ustat haryanto rizal..ustaz pemes yang kelako....
dia mai opis bagi ceramah..
rugi kalau lepaskan peluang..

nak tambahkan ilmu di dada disamping penuhkan senarai kursus di SKT..
;p




Share:

October 12, 2017

Tamat Sudah Khidmat Pengasuh Lama Yang Ku Ibaratkan "Cuti Tahunku Hanya Untukmu"

Hai Assalamualaikum..

aku kembali dengan kisah pengasuh..pengasuh yang lama aku pendamkan je perasaan aku ni disebabkan selalu cuti..hahahah..serius, cuti tahun aku memang standby untuk dia je..aku nak cuti pon, aku takot...

dulu, aku selalu apdet, yang aku nak tukar pengasuh tapi takde kekuatan sebab dia jiran kami, jadi nak berhenti hantar anak pada dia pon, rasa macam nanti hubungan sesama jiran rosak...tapi aku je la pon yang fikir macam tu..tapi dia tidak... -_-'

Dah tu, bagaimana pulak aku dapat kekuatan?

kisahnye, pagi Selasa minggu lepas, tengah aku sibuk kerja, tetiba masuk wasap dari pengasuh...


lepas baca wasap ni je..gigil gigil tangan aku..dah la masa tu tengah jaga kaunter kat kafe opis..nak mengira pon dah blank..hahahhaha..

celah mane perjanjian entahnye...kemaen perjanjian bagai...

dia suruh aku amik anak- anak awal 5.30 petang, paling lewat 5.45 petang, lambat caj overtime?..hamboi...aku ni dari selayang kot, nak balik rumah ke cheras, jem boleh tahan la jugak kadang-kadang, ikut luck kadang-kadang dapat la sampai rumah 5.30 petang, tapi mustahil la dalam seminggu tu boleh dapat dua tiga kali sampai sharp 5.30 petang..aku ni 4.30 petang dah terpacak depan punch card nak balik, kalau balik lima minit lambat pon, aku punye gelabah la memikir lambat sampai rumah..

ala kadang-kadang klu sampai awal, aku singgah jap kedai beli barang...

hai entahla..aku tak penah amik anak lewat dari 6.30 petang kecuali kalau aku jem..6.30 petang pon boleh kira dengan jari sebelah dalam sebulan...ape yang nak berkira sangat..sedeh kot, kau dah jaga anak aku lama, ini yang kau mikir nak duit saje..

ada parent lagi sorang tu, rileks je hari-hari amik anak 6.30 petang..kadang-kadang aku nengok 6.45 petang baru ambil anak-anak dia..itu yang aku soal pengasuh balik bila parent tu hantar dan ambil..
dia jawab dak din tu memang bayar lebih kalau amik 6.30 petang..aku jawab okey je kat wasap tu malas nak panjang-panjang cerita..padahal, bila tanye parent tu, dia hanya akan bayar kalau dia ambil lebih pada jam 7.00..

time tu jugak aku call kawan aku rumah blok depan, nak minta dia asuh anak aku...hahahah...i cannot sabar la dengan orang macam ni..jaga anak aku macam tak ikhlas..semua nak berkira, dia cuti banyak kali sebulan tu, takde la dia suruh aku potong duit bulanan...

yang bab hantar anak 6.30 pagi tu..laki aku selalunya akan hantar anak dalam jam 8.00 pagi..tapi sejak setahun lepas kot, bos dia dapat job di port dickson, jadi kadang-kadang kena p site buat kerja. dua kali seminggu selalunya..bila kene p site, kami hantar anak jam 6.30 pagi..dulu, bila aku tanye, dia kata berapa nak bagi pon takpe..aku bagi la rm20..kira okeyla kot, sebab parent lagi sorang tu hantar anak jam 7.. setengah jam je, aku bagi rm20, imejin?..

tup tup dapat wasap hari tu, nak naikkan rm 30.. hangin je aku..kira nauuuu...laki aku penah je hantar 7.15 pagi, tapi dia caj jugak rm20.. hmm...dah tu parent lagi satu tu hantar jam 7.00 jugak..ko tak pening mikir ketamakan duit dia tu...

alhamdullilah, hari tu jugak aku dapat pengasuh baru...yang tak berkira..hantar anak 6.30pagi pon takpe, takde caj o.t .. balik pon 6.30 petang nak ambil pon takpe..tak payah nak bawak makanan untuk anak...pengasuh lama tuu, aku siap masak pagi dan tengahari, dia tak masak pon..-_-' ..

walaupun sekarang aku bayar lebih RM 30 dari dulu, tapi banyak yang aku save..aku lebih tenang, tak payah nak masak pagi-pagi, tak payah nak pening kepala nak rush-rush balik keje dari selayang ke cheras, tak payah fikir nak bayar o.t kalau hantar anak 6.30 pagi..

nampak macam bab cuti, aku boleh sabar.
kalau bab duit, kau nak kira sangat, memang aku takleh sabar, lagi lagi zaman najib ni..

sekian.



Share:

July 31, 2017

Review | Silicone Portable Manual Breast Pump Breast (Milk Collector)

Assalamualaikum..

sekarang macam dah trend kan. semua orang pakai benda ni...sebab senang. tak payah nak usung breastpump ke hulu hilir..tak payah nak fikir susah nak pam kalau takde plug point..

Silikon Breast Pump ni aku terpaksa beli sebab susah nak mengepam kat opis ni..kalau datang awal..boleh la pam kat bilik meeting...naseb tak baik, student praktikal pulak dah sampai lagi awal...segan la acik nak mengepam..

tengahari lagi la masalah..mula-mula masuk kerja, tak tahu nak mengepam kat mane..pam kat workstation, sekali kuat la pulak vibrate breastpump real bubee ni...-_-'.. siap ada opismet lelaki tanye, bunyi ape tu..alalalalahai...

maka beli la kita silikon breast pump ni..duduk kat surau kecil dendiam sambil menanti susu penuh..


tapi,
bila dah dua tiga kali pakai, aku prefer pakai pam biasa jugak..huhu..sebab rasa lambat nau susu tu nak keluar..kalau pam..kejap je susu dah penuh..nak menunggu lama-lama paling malas..guna benda ni kadang-kadang je...lastly aku guna pam biasa gak tapi guna powerbank la, tak payah pening nak mencarik plug point.., dapat la mengepam kat surau jugak...

manusia kan tamak nauuu nak mencuba.. :p

aku beli kat lazada je..murah
Share: