July 25, 2017

Number Two : Fragile Fracture

Assalamualaikum..

aku tak pasti samada betul atau tidak ejaan ini..mynumbertwo salah seorang yang menghadapi masalah ini..menghadapi fragile fracture sejurus dilahirkan. -_-'..

itu pon tak dapat detect on da spot..aku lahirkan beliau jam 3.49 pagi..petang, aku p melawat dia di SCN, doktor baru check..tangan sebelah kiri tidak respon dengan ujian refleks yang doktor buat..terkulai...doktor kata nak x-ray dulu, tengok ape masalah..samada saraf atau berkaitan tulang..

resultnye tulang bahu patah...tapi doctor bagi penerangan positif..tulang bahu baby akan bercantum sendiri..alhamdullilah..doctor lega..aku pun lega..asal bukan melibatkan saraf..

alhamdullilah, hospital kajang sangat positif..

aku dan suami dipanggil untuk family conference bersama Doktor Pakar Tulang, Pakar OnG dan ada lagi satu Pakar (lupa).. Mereka terangkan kenapa boleh jadi fragile fracture tu.. kecuaian daripada nurse yang menyambut kelahiran numbertwo atau disebabkan aku ada gdm (tupun boleh jadi sebab ye ibu-ibu)..ibu yang ada gdm berpotensi melahirkan bayi yang berbahu lebar..kadang-kadang kepala lepas, tapi bahu agak besar..

ada yang suggest SAMAN sebab takot kesalahan dari pihak hospital..

hahah...
aku gelak je..
buat ape saman..
aku tengok perkembangan anak aku okey je..
tak payah la nak merumitkan keadaan..

hospital kajang nampak bertanggungjawab dengan kes sebegini..aku tenang..

tengahari sebelum discaj, tangan sebelah kiri dah menunjukkan tanda-tanda positif..ada respon yang baik....

sebulan lepas tu, xray lagi, dan alhamdullilah tulang dah bercantum sendiri, tak payah nak follow up lagi dengan hospital kajang... :).. i is lega..







Share:

0 komen: